Monday, January 30, 2012

Facebook Cikgu Mat Jepun






Anda mempunyai akaun facebook.

Cikgu Mat Jepun juga mempunyai akaun facebook.

Profil http://www.facebook.com/#!/ahmadismail.ahmadismail

atau cari Ahmad Ismail (Cikgu Mat Jepun)

Saturday, January 28, 2012

Kad Jurulatih Vintage

Saya ada seorang kawan yang mempunyai hobi mengumpul barangan vintage. Paling digemari beliau adalah seluar jean Levi's vintage. Saya melihat seluar itu lusuh sahaja rupanya, tapi jangan tidak percaya harga seluar itu mencecah ribuan ringgit. Jika tidak percaya sila lawati Mudah atau Ebay.

Itulah nilai barangan vintage.

Tidak disangka Cikgu Mat Jepun juga menghargai barangannya yang pada saya telah menjadi vintage. Gambar di bawah adalah kad jurulatih Cikgu Mat Jepun tahun 1973.

Agak-agak berapa harganya kalau dijual di Mudah atau Ebay.





Wednesday, January 25, 2012

Kenapa Taming Sari Ada Pada Sultan Perak


Lagenda menyatakan bahawa Keris Tamingsari telah dicampakkan oleh Hang Tuah ke dalam Sungai Duyung Melaka. Hari ini Tamingsari berada dan menjadi alat kebesaran Kesultanan Perak.

Soalnya bilakah Sultan Perak menyelam untuk mendapatkan Tamingsari.

Sebenarnya, Hang Tuah tidak pernah mencampakkan Tamingsari ke dalam Sungai Duyung Melaka. Sebaliknya Hang Tuah telah menyerahkan Tamingsari kepada Sultan Melaka selepas peristiwa Tuah berlawan Jebat dan Tamingsari sentiasa berada dalam milikan Sultan. Bagaimana Sultan Perak boleh memiliki Tamingsari tidak sukar dijawab kerana Sultan Perak sudah sah dari keturunan Sultan Melaka. Sudah pasti ia diperturunkan kepada cucu cicitnya.

Sumber lisan daripada Sultan Perak, Sultan Idris kepada Cikgu Mat Jepun, dan Cikgu Mat Jepun kepada penulis.

Wednesday, January 11, 2012

Nama Silat Gayong Pada Era Hang Tuah






Dato Meor dikhatamkan oleh Hang Tuah di Batu Hitam. Semua anak Gayong tahu cerita ini. Kalau dikhatamkan oleh Hang Tuah sudah pasti Dato Meor membawa silat seni yang sama dengan silat seni yang di bawa oleh Hang Tuah.


Jika membawa silat seni yang sama, adakah silat seni yang dibawa oleh Hang Tuah diberi nama Gayong?

Tidak, tidak. Pahlawan Melayu pada era Hang Tuah atau sebelumnya membawa silat seni yang diberi nama Gendi Harimau.

Gendi Harimau!

*edit pada 1559 19032012

Gendi adalah sebutan masyarakat Sumatera Selatan (daerah Musi Rawas dan Lahat) bagi sebuah senjata lempar yang terbuat dari anyaman tali untuk melontarkan batu sebagai pelurunya. Senjata yang juga ada di daerah Bangka-Belitung dan dinamakan pudong ini sekarang sudah jarang ditemui karena telah tergantikan oleh senjata atau peralatan lain yang lebih modern

Saturday, January 7, 2012

Bukit Gergasi, Batu Hitam


Dari jauh, bukit itu kelihatan seperti manusia yang besar, seperti gergasi. Maka dinamakan orang tempat itu sebagai Bukit Gergasi. Terletak di sempadan negeri Kedah dengan Padang Sanai, Siam.

Lebih unik, terdapat air terjun di Bukit Gergasi yang dari jauh kelihatan keluar dari kemaluan gergasi itu, seolah-olah gergasi itu sedang kencing.

Terdapat empat bukit di situ di mana di lembah bukit-bukit itu, terdapat sebiji batu hitam. Batu Hitam yang bersejarah di mana di situlah Arwah Dato Meor dikhatamkan.

Hari ini Batu Hitam dan Bukit Gergasi itu tidak kelihatan lagi. Batu Hitam mendiami dasar tasik. Gergasi sudah tidak kelihatan seperti gergasi setelah kawasan itu termasuk dalam kawasan empangan.

Cikgu Mat pernah mengunjungi kawasan Bukit Gergasi setelah ia dijadikan empangan, tetapi tidak dapat dipastikan di mana kedudukan tepat Batu Hitam. Jika tahu pun, perlu menahan nafas yang lama untuk menjejaki dasar tasik.

Menurut Cikgu Mat, semasa empangan ini dalam pembinaan, pernah ada jentera cuba mengalihkan Batu Hitam. Biasanya jentera balak kerana sebelum kawasan empangan ditenggelami air, maka balak akan dikeluarkan sebagai hasil negeri. Sehingga tiga kali percubaan, kesemua jentera yang cuba mengalihkan Batu Hitam pasti akan mengalami kerosakan melibatkan patah bahan besi yang tidak dapat dijelaskan oleh akal.

 
*gambar di atas tiada kaitan dengan Bukit Gergasi