Wednesday, December 28, 2011

Mukadimah

Sudah pasti penulis bukanlah Cikgu Ahmad Bin Ismail P.J.K. aka Cikgu Mat Jepun aka Cikgu Mat Putih aka Mat Daging aka Singa Putih. Tetapi sudah pasti penulis adalah anak murid kepada, yang saya biasa panggil Cikgu Mat Jepun.

Terlalu banyak cerita Gayong yang disampaikan oleh Cikgu Mat Jepun kepada saya, cerita suka duka, cerita kehebatan kelemahan, cerita tersurat tersirat, sejarah dan pelbagi lagi. Cerita-cerita ini jarang-jarang didengari oleh anak Gayong generasi muda.

Saya mengambil peluang untuk menyampaikan cerita-cerita yang saya terima daripada Cikgu Mat Jepun untuk dikongsi melalui dunia siber ini. Semoga semua akan beroleh faedah.

Keizinan daripada Cikgu Mat Jepun seperti satu dorongan untuk saya berblogging.

Balik Ipoh sempena cuti tahun baru ini, sudah pasti berjumpa Cikgu Mat Jepun dan mendapatkan cerita baru untuk dikongsi.