Sunday, April 15, 2012

70an, Dekad Gemilang Gayong

Saya nukilkan tentang dekad 70an, dekad yang pada saya merupakan dekad kegemilangan Gayong.



Dua gambar di atas adalah perarakan kemerdekaan Gayong tahun 1970. Melihat gambar ini, saya dapat merasakan kehebatan dan kegagahan pendekar Melayu yang berarak dengan penuh gagah. Saya juga beranggapan hadirin yang melihat perarakan Gayong ini tentu terpegun dan berasa takut dengan kegagahan pendekar-pendekar Melayu ini.

Gayong telah menutup dekad 60an dengan sejarah terahsianya sendiri dan membuka dekad 70an dengan perarakan ini. 70an merupakan era gemilang Gayong. Kehebatan Gayong telah diakui oleh orang-orang Melayu. Ramai orang Melayu mula menyertai Gayong pada dekad ini. Gelanggang-gelanggang dibuka serata segenap tempat dan ceruk bagai cendawan tumbuh selepas hujan. Gurulatih jurulatih mengajar silat sepenuh masa dan gaji mereka dibayar oleh pemimpin-pemimpin Melayu yang mencintai Gayong.

Atas kehebatan yang ada pada Gayong, maka Perdana Menteri ketika itu, Tun Abdul Razak telah menjadi murid Gayong. Sultan Perak, Sultan Idris juga menjadi ahli Gayong dan menjadi Sang Sepurba. Majoriti pemimpin-pemimpin negara ketika itu menjadi ahli Gayong. Pelajar-pelajar universiti yang bakal mentadbir negara juga ramai menjadi anak Gayong. 

Ramainya menyertai Gayong kerana kepercayaan bahawa Gayong telah terbukti sebagai barisan kedua dalam perjuangan dan mempertahankan bangsa Melayu.

Jika ditanya guru-guru lama, mereka sepakat mengesahkan golongan Raja dan bangsawan, pemimpin-pemimpin masyarakat dan pentadbir kerajaan menjemput Gayong untuk membuka gelanggang dan mengajar Gayong. Gayong telah diberi kepercayaan untuk mengajar Tentera dan Polis seni mempertahankan diri. Gayong telah dipanggil untuk mengajar pejuang-pejuang Melayu cara-cara bertempur dan mempertahankan diri.

Inilah Gayong pada dekad 70an. Satu nama yang cukup gah di Malaysia. Atas kegagahannya, maka Gayong telah dijemput untuk menyertai perbarisan Hari Kemerdekaan, mewakili pendekar-pendekar Melayu, sebagai barisan kedua mempertahankan bangsa Melayu.
 



*gambar diambil daripada Facebook Cikgu Mat Jepun yang dimiliki oleh Ab Aziz Othman.

Tuesday, March 13, 2012

Dato Meor, Mat Kilau dan Awang Jenain



Syed Zainal Al-Attas adalah datuk kepada ADMAR di sebelah ibunya. Beliau bukan berasal dari Pahang, tapi Johor. Beliau melarikan diri ke Pahang kerana dikehendaki oleh British kerana terlibat dalam siri penentangan terhadap British.

Kalau sudah namanya pahlawan Melayu, bila tiba di Pahang, beliau bekerjasama dengan Mat Kilau untuk menentang British. Di Pahang, beliau menggunakan nama Awang Jenain.

Puluhan tahun kemudian, ADMAR merantau ke Pahang. Di sana beliau ditakdirkan berjumpa dengan Mat Kilau. Entah apa yang dibualkan mereka, hinggakan ADMAR telah membacakan beberapa amalannya kepada Mat Kilau.

Mat Kilau terkejut dengan bacaan amalan ADMAR dan mengatakan bahawa ini adalah amalah rakan seperjuangannya, Awang Jenain. Lalu ADMAR pun mengatakan bahawa ini adalah amalan yang diwarisi daripada sebelah ibunya, dan Awang Jenain adalah datuknya.

Mat Kilau berasa terlalu gembira berjumpa dengan cucu rakan seperjuangannya. Maka diturunkan beberapa ilmu persilatan fizikal kepada ADMAR.

Tuesday, February 21, 2012

Asal Usul Silat Pulut


Selepas bertempur selama lima belas (15) hari, barulah Portugis dapat menguasai Melaka. Bagaimanapun, Portugis tahu persilatan yang digunakan orang Melayu untuk mempertahankan Melaka sangat-sangat ganas dan sukar ditundukkan.

Walaupun sudah menguasai Melaka, Portugis masih risau dengan orang Melayu yang masih mengamalkan ilmu persilatan. Mereka mungkin akan bangkit menentang Portugis. Jesteru itu, Portugis perlu melakukan sesuatu untuk mengenalpasti pesilat Melayu dan menghapuskan mereka dari bumi Melaka. Akhirnya Portugis mendapat idea dengan menganjurkan pertandingan silat dan menawarkan hadiah yang lumayan kepada pemenangnya.

Pemenang-pemenang pertandingan silat akan menerima hadiah misteri daripada Portugis. Mereka di bawa ke kubu Portugis untuk hadiah misteri itu. Tetapi, setibanya pemenang-pemenang di kubu Portugis, mereka yang dalam kegembiraan untuk menerima hadiah dan dalam keadaan tidak bersedia telah dibunuh oleh Portugis. Maka, berjayalah Portugis menghapuskan beberapa pendekar Melayu. Pertandingan ini dijalankan secara berkala, dan setiap kali selesai pertandingan maka berjayalah Portugis membunuh pendekar-pendekar Melayu.

Orang Melayu mula berasa hairan kerana setiap kali selepas pertandingan silat, pemenang-pemenang pertandingan silat tidak lagi kelihatan di bumi Melaka. Beberapa pendekar Melayu telah bertindak mengintip apa yang berlaku kepada pemenang-pemenang di kubu Portugis, dan akhirnya orang Melayu tahu bahawa kesemua pemenang pertandingan silat telah dibunuh oleh Portugis. Orang Melayu juga tahu bahawa tujuan Portugis menghapuskan pemenang-pemenang adalah untuk menghapuskan pendekar-pendekar Melayu.

Pesilat-pesilat Melayu akhirnya berkumpul di dalam hutan dan berbincang mengenai perkara ini. Akhirnya ketetapan dibuat bahawa pesilat-pesilat Melayu akan menyembunyikan persilatan ganas mereka dan hanya menunjukkan seni persilatan yang berbunga-bunga dan kelihatan tidak membahayakan. Maka, pesilat-pesilat Melayu mula berlatih silat yang penuh dengan langkah dan gerakan berbunga-bunga.

Pada pertandingan silat yang berikutnya, pendekar-pendekar Melayu yang bertanding mengunakan silat yang berbunga-bunga, berseni dan seperti tarian. Melihat keadaan itu, maka Portugis yakin, bahawa pesilat- pesilat Melayu yang ganas sudah berjaya dihapuskan dan yang tinggal hanyalah pesilat-pesilat yang berbunga. Portugis tidak tahu bahawa di dalam kelembutan, keganasan silat disembunyikan.
Sejak itu, silat yang dipertontonkan oleh pesilat Melayu dalam apa-apa upacara dan majlis adalah silat yang berbunga-bunga dan berseni, bukan lagi silat yang hebat dan ganas. Lazim orang Melayu akan menghidangkan pulut apabila upacara dan majlis diadakan. Kerana sudah lazim setiap kali pertunjukan silat diadakan dan pulut dihidangkan, maka akhirnya, orang Melayu menggelar silat yang berbunga dan disembunyikan keganasan ini dinamakan Silat Pulut.

Inilah sejarah silat yang tidak diketahui waima orang Melayu sendiri. Asalnya silat melayu tidak berbunga sebaliknya ganas. Tetapi, untuk menyembunyikan kehebatan dan keganasan silat Melayu daripada diketahui musuh, maka keganasan dan kehebatan ini disembunyikan melalui langkah dan gerak yang berbunga dan berseni.

Tetapi ketika Gayong membuat persembahan di Jepun pada awal tahun 70an di hadapan semua pengamal seni bela diri  dari seluruh dunia, terkejutlah mereka semua dengan kehebatan dan keganasan silat Melayu. Cerita ini akan menyusul.

Gendi Harimau!

Sebagai tambahan, saya hubungkan fakta peperangan orang Melayu selepas kejatuhan Melaka yang saya ambil dari untoldhistory. Juga mengapa saya katakan Melaka jatuh selepas 15 hari kerana ini adalah fakta dari Portugis sendiri juga saya ambil dari untoldhistory

Di bawah adalah peperangan-peperangan orang Melayu dengan penjajah selepas 1511.

1ST ROUND SPARRING CONTEST : Melayu Vs. Omputih

1513 = Mahmud and his son Alaudin led armies to storm Portuguese 

- between 1513 to 1528, the King disrupted the Portuguese by series of Blockages and ambush with help from Kampar and Pahang

1514 = Alliance with Java storm Portuguese fort at Malacca
1518 = Alliance with Sultan of Bentan mase dia duduk di Kampar.. storm again Melaka

1518 jugak... Mahmud membina benteng kayu di luar kota Melaka utk menyekat Portuguese dari darat

1528 = Outcasted panglima Hang Nadim storm Portuguese Fort dari laut
1538 = Stormed by Sutlan Acheh
1551 = Combine Fleets from Johor, Jepara dan Perak besiege Malacca for 3 months

1568 = JOhor and Portuguse combined attacking Acheh fleet for terrorizing Selat Melaka

1572 = Malacca attacked again by Sultan of Acheh
1573 = again by Sultan of Acheh
1574 = Malacca attacked again by Sultan Jawa
1575 = Again by Acheh

1597 = Dutch for the 1st time, attacking Malacca

1606 = Combine Fleets from JOhore and Dutch attack Portugeuse fort Malacca.. blockage for 3 months
1616 = Acheh again attack Malacca

1628 = Acheh captured Malacca from Portuguese, holds it for 8 months before recaptured by Portuguese back

1636 = Johor and Dutchs attacked Malacca by destroying their harbor

1641 = Malacca fell to combined forces of Johor and Dutch

THEN... 2ND ROUND SPARRING : Melayu Vs. Omputih

1756 = Johor stormed Malacca Dutch

1784 = again, Johor stormed Malacca fort

1895 = Malacca fell to British under anglo treaties agreement

THEN... 3RD ROUND SPARRING :  Melayu Vs. Melayu Vs. Omputih plak

1535 = Gustavoe De Gama attacked Kota Kara.  War at sea. Repulsed
1535 = also.. between 2 months, again attacked by Gustavoe De Gama. Repulsed
1539 = Acheh attacked Aru, Johor Alliance.. War at land. Aru razed to ground.
1540 = Johor attack Acheh at Aru, known as Battle of Sg. Paneh.. and recaptured it.  12,000 Acheh soldiers perished. 
1564 = Acheh attack Johor, Kota Batu dan Johor lama razed to ground
1576 = Portuguese fleet attacked Johor Kota Batu... beaten back
1578 = Portugeuse fleet again attacked Kota Batu.. and again beaten back
1582 = Acheh again attacked Kota Batu.. also beaten back
1586 = Johor fleet storm Malacca fort, Alaudin led, and general singaraja conquer the northern part of the fort
1587 = Portugeuse storm Kota Batu again, beaten back by allies of JOhor form Minangkabaus, Javanese, Trengganu and Pahang
1587 = again, in 2 months.. they try to storm the Kota Batu.. and again they beaten back
1588 = Kota Batu fell to Portugeuse, with help from fleets from Goa India 

1613 = Acheh attacked Batu sawar, captured it
1615 = Acheh again attacked Batu Sawar, sebab sultan disuspect berkawan dgn Dutch
1673 = Jambi stormed Batu Sawar and captured it

SO... TOTAL WARS (as recorded by known Croniclers) are : 36 wars from 1511 to 1784

Itu perang2 di Melaka dan JOhor.. TIDAK TERMASUK PERANG2 di Kedah, Perak, Selangor dan Pahang/Kelantan/Terengganu.. dan 11 series perang mase Perang Jementah dan 11 perang mase Perang Bendahara Pahang.. in total is 100 wars ranges from 1511 to  1895

Monday, January 30, 2012

Facebook Cikgu Mat Jepun






Anda mempunyai akaun facebook.

Cikgu Mat Jepun juga mempunyai akaun facebook.

Profil http://www.facebook.com/#!/ahmadismail.ahmadismail

atau cari Ahmad Ismail (Cikgu Mat Jepun)

Saturday, January 28, 2012

Kad Jurulatih Vintage

Saya ada seorang kawan yang mempunyai hobi mengumpul barangan vintage. Paling digemari beliau adalah seluar jean Levi's vintage. Saya melihat seluar itu lusuh sahaja rupanya, tapi jangan tidak percaya harga seluar itu mencecah ribuan ringgit. Jika tidak percaya sila lawati Mudah atau Ebay.

Itulah nilai barangan vintage.

Tidak disangka Cikgu Mat Jepun juga menghargai barangannya yang pada saya telah menjadi vintage. Gambar di bawah adalah kad jurulatih Cikgu Mat Jepun tahun 1973.

Agak-agak berapa harganya kalau dijual di Mudah atau Ebay.





Wednesday, January 25, 2012

Kenapa Taming Sari Ada Pada Sultan Perak


Lagenda menyatakan bahawa Keris Tamingsari telah dicampakkan oleh Hang Tuah ke dalam Sungai Duyung Melaka. Hari ini Tamingsari berada dan menjadi alat kebesaran Kesultanan Perak.

Soalnya bilakah Sultan Perak menyelam untuk mendapatkan Tamingsari.

Sebenarnya, Hang Tuah tidak pernah mencampakkan Tamingsari ke dalam Sungai Duyung Melaka. Sebaliknya Hang Tuah telah menyerahkan Tamingsari kepada Sultan Melaka selepas peristiwa Tuah berlawan Jebat dan Tamingsari sentiasa berada dalam milikan Sultan. Bagaimana Sultan Perak boleh memiliki Tamingsari tidak sukar dijawab kerana Sultan Perak sudah sah dari keturunan Sultan Melaka. Sudah pasti ia diperturunkan kepada cucu cicitnya.

Sumber lisan daripada Sultan Perak, Sultan Idris kepada Cikgu Mat Jepun, dan Cikgu Mat Jepun kepada penulis.

Wednesday, January 11, 2012

Nama Silat Gayong Pada Era Hang Tuah






Dato Meor dikhatamkan oleh Hang Tuah di Batu Hitam. Semua anak Gayong tahu cerita ini. Kalau dikhatamkan oleh Hang Tuah sudah pasti Dato Meor membawa silat seni yang sama dengan silat seni yang di bawa oleh Hang Tuah.


Jika membawa silat seni yang sama, adakah silat seni yang dibawa oleh Hang Tuah diberi nama Gayong?

Tidak, tidak. Pahlawan Melayu pada era Hang Tuah atau sebelumnya membawa silat seni yang diberi nama Gendi Harimau.

Gendi Harimau!

*edit pada 1559 19032012

Gendi adalah sebutan masyarakat Sumatera Selatan (daerah Musi Rawas dan Lahat) bagi sebuah senjata lempar yang terbuat dari anyaman tali untuk melontarkan batu sebagai pelurunya. Senjata yang juga ada di daerah Bangka-Belitung dan dinamakan pudong ini sekarang sudah jarang ditemui karena telah tergantikan oleh senjata atau peralatan lain yang lebih modern