Tuesday, March 13, 2012

Dato Meor, Mat Kilau dan Awang Jenain



Syed Zainal Al-Attas adalah datuk kepada ADMAR di sebelah ibunya. Beliau bukan berasal dari Pahang, tapi Johor. Beliau melarikan diri ke Pahang kerana dikehendaki oleh British kerana terlibat dalam siri penentangan terhadap British.

Kalau sudah namanya pahlawan Melayu, bila tiba di Pahang, beliau bekerjasama dengan Mat Kilau untuk menentang British. Di Pahang, beliau menggunakan nama Awang Jenain.

Puluhan tahun kemudian, ADMAR merantau ke Pahang. Di sana beliau ditakdirkan berjumpa dengan Mat Kilau. Entah apa yang dibualkan mereka, hinggakan ADMAR telah membacakan beberapa amalannya kepada Mat Kilau.

Mat Kilau terkejut dengan bacaan amalan ADMAR dan mengatakan bahawa ini adalah amalah rakan seperjuangannya, Awang Jenain. Lalu ADMAR pun mengatakan bahawa ini adalah amalan yang diwarisi daripada sebelah ibunya, dan Awang Jenain adalah datuknya.

Mat Kilau berasa terlalu gembira berjumpa dengan cucu rakan seperjuangannya. Maka diturunkan beberapa ilmu persilatan fizikal kepada ADMAR.