Wednesday, January 25, 2012

Kenapa Taming Sari Ada Pada Sultan Perak


Lagenda menyatakan bahawa Keris Tamingsari telah dicampakkan oleh Hang Tuah ke dalam Sungai Duyung Melaka. Hari ini Tamingsari berada dan menjadi alat kebesaran Kesultanan Perak.

Soalnya bilakah Sultan Perak menyelam untuk mendapatkan Tamingsari.

Sebenarnya, Hang Tuah tidak pernah mencampakkan Tamingsari ke dalam Sungai Duyung Melaka. Sebaliknya Hang Tuah telah menyerahkan Tamingsari kepada Sultan Melaka selepas peristiwa Tuah berlawan Jebat dan Tamingsari sentiasa berada dalam milikan Sultan. Bagaimana Sultan Perak boleh memiliki Tamingsari tidak sukar dijawab kerana Sultan Perak sudah sah dari keturunan Sultan Melaka. Sudah pasti ia diperturunkan kepada cucu cicitnya.

Sumber lisan daripada Sultan Perak, Sultan Idris kepada Cikgu Mat Jepun, dan Cikgu Mat Jepun kepada penulis.

2 comments:

  1. Sultan Idris cerita sendiri pada anda?

    ReplyDelete
    Replies
    1. asal

      Sumber lisan daripada Sultan Perak, Sultan Idris kepada Cikgu Mat Jepun, dan kepada penulis.

      akan dibetulkan

      Delete