Saturday, January 7, 2012

Bukit Gergasi, Batu Hitam


Dari jauh, bukit itu kelihatan seperti manusia yang besar, seperti gergasi. Maka dinamakan orang tempat itu sebagai Bukit Gergasi. Terletak di sempadan negeri Kedah dengan Padang Sanai, Siam.

Lebih unik, terdapat air terjun di Bukit Gergasi yang dari jauh kelihatan keluar dari kemaluan gergasi itu, seolah-olah gergasi itu sedang kencing.

Terdapat empat bukit di situ di mana di lembah bukit-bukit itu, terdapat sebiji batu hitam. Batu Hitam yang bersejarah di mana di situlah Arwah Dato Meor dikhatamkan.

Hari ini Batu Hitam dan Bukit Gergasi itu tidak kelihatan lagi. Batu Hitam mendiami dasar tasik. Gergasi sudah tidak kelihatan seperti gergasi setelah kawasan itu termasuk dalam kawasan empangan.

Cikgu Mat pernah mengunjungi kawasan Bukit Gergasi setelah ia dijadikan empangan, tetapi tidak dapat dipastikan di mana kedudukan tepat Batu Hitam. Jika tahu pun, perlu menahan nafas yang lama untuk menjejaki dasar tasik.

Menurut Cikgu Mat, semasa empangan ini dalam pembinaan, pernah ada jentera cuba mengalihkan Batu Hitam. Biasanya jentera balak kerana sebelum kawasan empangan ditenggelami air, maka balak akan dikeluarkan sebagai hasil negeri. Sehingga tiga kali percubaan, kesemua jentera yang cuba mengalihkan Batu Hitam pasti akan mengalami kerosakan melibatkan patah bahan besi yang tidak dapat dijelaskan oleh akal.

 
*gambar di atas tiada kaitan dengan Bukit Gergasi

No comments:

Post a Comment